INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M

  • Kemudahan akses internet secara kolektif
  • Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
  • Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
  • Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan

Prinsip Pelaksanaan PI1M

  • Kerjasama dengan Kerajaan Negeri
    • Menyediakan premis yang sesuai
    • Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri
  • Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi
  • Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik secara kontrak
  • Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari
  • Daftar sebagai Ahli PI1M
    • Pendaftaran RM5.00
    • Kad Ahli
    • Tidak aktif 12 bulan, keahlian dibatalkan
    • Pengaktifan semula – RM3.00
Rekreasi & Perlancongan

KEM LAMBAIAN DANAU (KLD)

Kem Lambaian Danau merupakan tapak perkhemahan dan pusat latihan bina semangat yang terletak di Kg. Chinchin, Jasin Melaka. Kedudukan KLD dari Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg. Terentang hanya 5 km sahaja. KLD ini mula beroperasi pada tahun 1999. Sehingga tahun 2015, KLD telah menerima sebanyak seratus ribu orang peserta. Dari bangsal kayu gelam dan surau berlantai tanah, kini KLD telah hampir lengkap kemudahannya. KLD menyediakan pelbagai aktiviti terbaik dengan modulnya yang tersendiri dalam membimbing para peserta. KLD ini dikelilingi dengan tasik air tawar seluas 105 ekar. Suasana di KLD adalah sejuk, hijau dan berudara segar.

Aktiviti di KLD boleh dibahagikan kepada tiga iaitu aktiviti dalam kem, aktiviti hutan dan juga aktiviti air. Antara aktiviti dalam kem ialah ice breaking, obstacles-run-around-the-camp, senaman pagi dan telematch. Aktiviti hutan pula merujuk kepada jogging ke Canyon, KLD amazing race & KLD Danau race, night walk dan war game. Aktiviti seperti water confidence, rakit, kayak serta aktiviti berkumpulan lain turut di jalankan di KLD.

Kemudahan Awam

KEDAI MAKAN POKOK MANGGA

Ini merupakan sebuah kedai makan. Warung ini lebih dikenali dengan kedai makan pokok mangga. Semua penduduk setempat pasti mengenali kedai makan pokok mangga ini. Kedai makan ini menyediakan menu untuk sarapan dan tengahari. Semua penduduk tahu akan keenakan makanan-makanan di kedai makan tersebut. Harga diletakkan juga amat berpatutan. Peniaga ini gemar bersedekah kepada mereka yang berkemampuan. Untuk pengetahuan, kakitangan kerajaan merupakan pelanggan tetap di kedai makan ini. Seluruh Jasin mengenali tentang keenakan makanan-makanan di kedai makan ini.

Pendidikan

Sekolah Kebangsaan Terentang atau nama ringkasnya SK Terentang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km. 34, Jalan Chinchin. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Terentang memiliki 75 pelajar lelaki dan 73 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 148 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.
Tuan Haji Ganil Bin Haji Sudin merupakan anak jati Kampung Terentang. Beliau dilahirkan pada tahun 1880 di Kampung Terentang dan merupakan seorang guru agama yang mengajar Al Quran. Sebagai seorang pendidik, beliau telah mengesyorkan agar didirikan sebuah sekolah di Kampung Terentang bagi memberi peluang untuk kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pada peringkat awal, penduduk kampung telah mengadakan pertunjukkan amal untuk membeli sebidang tanah. Usaha ini berjaya dan dengan bantuan dari penduduk kampung, sekolah ini telah siap dibina pada 1949 dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Jasin ketika itu.

Kisah Kejayaan


Keusahawanan
Usahawan 1

D. Ayuda Ent (MA 0160099) merupakan antara usahawan yang terdapat di Kg. Terentang. Pemilik D. Ayuda Ent ialah Puan Suhaida Katan. Beliau menawarkan perkhidmatan catering bagi majlis perkahwinan, kenduri, serta majlis-majlis lain. Beliau telah memulakan perniagaan sejak tahun 2006 lagi. Pada mulanya beliau hanya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan hanya mengambil tempahan membuat kuih-muih. Kini, beliau telah berjaya dalam bidang perniagaan. Malah, beliau turut menerima tempahan untuk hidangan VIP, set hidangan pengantin, jamuan dan sebagainya. Perniagaan beliau bukan sahaja berkembang di Terentang malah turut berkembang di seluruh Melaka.

Antara menu yang biasa mendapat tempahan oleh orang ramai ialah gulai tempoyak, masak asam, set nasi tomato dan rojak sayur. Ini kerana beliau menggunakan resepi turun temurun dari nenek beliau sendiri. Pada musim perayaan pula, beliau menerima tempahan seperti rending, serunding, pulut kuning dan kuah kacang. Malah, serunding beliau juga telah diimport dari London dan Australia oleh saudara mara yang tinggal di sana. Penduduk kampong sangat berbangga dengan kejayaa beliau. Beliau merupakan seorang yang gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Beliau turut menerima banyak bantuan daripada JKKK kampung seperti oven yang bersaiz besar yang sesuai untuk tempahan yang banyak.

FACEBOOK : https://www.facebook.com/suhaida.katan?fref=ts

Gambar Produk & Usahawan


Usahawan 2

BBB Ikhtiar Enterprise (MA0201006-D) ini terletak 2.5 km dari Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg Terentang. Ia merupakan perusahaan oleh seorang persara yang bernama Baharom bin Banit. Perusahaan ini diusahakan oleh mereka sekeluarga. Antara produk yang dijalankan ialah membuat tapai ubi, memproses madu lebah kelulut, membuat mee kuning dan menternak lembu.

Beliau turut menerima tempahan tapai ubi daripada masjid-masjid dan kenduri kahwin. Beliau turut menerima kunjungan dan lawatan mengejut dari Encik Asnan Abbas, Pengerusi GDN Kg Sg. Sembilang, Kota Tinggi dan Encik Ashari Kasnan, Pegawai Tanah Daerah Johor Bahru datang melawat kelulut BBB Ikhtiar. Selain itu, beliau turut membantu kursus kelulut di UTHM, Batu Pahat secara praktikal.

FACEBOOK : https://www.facebook.com/baharom.banit/?fref=ts

Gambar Produk & Usahawan


Usahawan 3

Nur Umirah binti Rusnan merupakan antara usahawan online sejak 5 tahun yang lepas. Antara produk yang dijalankan ialah emas dan produk kecantikan. Pada mulanya perniagaan beliau hanya tertumpu kepada produk kecantikan tapi kini beliau telah meluaskan lagi perniagaan beliau melalui kutu emas.

Kini perniagaaan beliau telah semakin meluas. Dimana semakin ramai telah mempercayai walaupun perniagaan yang dilakukan hanyalah atas talian sahaja. Harga emas yang diniagakan adalah mengikut harga semasa.

FACEBOOK : https://www.facebook.com/umie.arep?fref=nf

NA GOLD GROUP (KUTU) - https://www.facebook.com/groups/1066749960015297/

Gambar Produk & Usahawan